Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di Sarawak menurun, meningkat di Sabah

today7 February 2025

Background


pps
Bahagian Bintulu di Sarawak kekal merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 1,907 orang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun, manakala di Sabah meningkat setakat pukul 4 petang tadi.

Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 4,389 orang berbanding 4,705 orang pagi tadi, dengan 21 PPS di lima bahagian beroperasi.

Bahagian Bintulu kekal merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,907 orang daripada 1,880 orang pada pagi tadi, diikuti Mukah yang bertambah seorang kepada 615 orang, manakala di Bahagian Sarikei kekal 13 orang.

Mangsa di Sibu mencatatkan penurunan kepada 1,160 orang berbanding 1,186 orang, begitu juga di Miri yang menurun kepada 694 orang daripada 961 orang.

Selain itu, satu-satunya PPS di Samarahan ditutup 12.30 tengah hari tadi dengan banjir masih lagi melanda di kawasan tengah dan utara negeri.

Di Sabah,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post