Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir di Selangor, Perak meningkat malam ini

today7 November 2023

Background


Lapan pusat pemindahan sementara dibuka di Selangor, manakala empat di Perak setakat malam ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Selangor dan Perak tidak menunjukkan tanda reda apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dua negeri itu terus mencatatkan peningkatan malam ini.

Di Selangor, jumlah mangsa meningkat kepada 722 orang daripada 184 keluarga berbanding 673 orang daripada 170 keluarga pagi tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah lagi PPS dibuka di Dewan Dato Hormat Kampung Seri Cheeding, Jenjarom di daerah Kuala Langat yang menempatkan lapan mangsa, sekali gus menjadikan lapan PPS dibuka di negeri itu setakat malam ini.

Berdasarkan Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, dua sungai melepasi tahap bahaya, iaitu Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama, Hulu Langat pada 17.15m dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat setinggi 11.38m setakat 7.30 malam tadi.

Sungai Semenyih di Kampung Pasir, Hulu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post