Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir Johor cecah 5,000 orang

today26 January 2023

Background



Segamat kekal daerah paling teruk terjejas akibat banjir dengan 1,784 orang daripada 501 keluarga, diikuti Kluang dan Mersing. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatat peningkatan diikuti Sabah dan Pahang susulan hujan lebat berterusan, setakat malam tadi.

Di Johor, Pontian menjadi daerah ke-7 dilanda banjir selepas Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar dengan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 51 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam tadi meningkat kepada 5,000 berbanding 4,368 orang petang semalam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 1,784 orang daripada 501 keluarga, diikuti Kluang 1,239 orang (358 keluarga) dan Mersing 851 orang (258 keluarga).

β€œDi Kota Tinggi pula, jumlah mangsa yang dipindahkan adalah seramai 706 orang daripada 169 keluarga, Muar 206 orang (46 keluarga), Batu Pahat 196 orang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post