
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit kepada 5,839 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 5,800 orang pagi tadi.
Laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan jumlah itu meliputi 5,018 mangsa daripada 1,399 keluarga yang berlindung di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Johor dan 783 mangsa daripada 232 keluarga di sembilan PPS di Pahang.
Di Johor, sebanyak 3,830 mangsa berlindung di 24 PPS di Kota Tinggi manakala jumlah mangsa di Mersing melibatkan 595 orang di empat PPS, Kluang (350 orang di tiga PPS), Segamat (89 orang di dua PPS) sementara masing-masing sebuah PPS beroperasi di Batu Pahat bagi menempatkan 74 mangsa dan 80 mangsa (Johor Bahru).
Di Pahang, sebanyak 25 orang berada di sebuah PSS di Maran, 570 orang melibatkan empat PPS di Pekan dan 188 lagi…