Hot FM

Mangsa banjir Johor, Sabah rekod penurunan


Situasi banjir di Johor dan Sabah dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri berkenaan mencatatkan penurunan pagi ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor dan Sabah menunjukkan tanda pemulihan apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri berkenaan mencatatkan penurunan pagi ini.

Di Johor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 106 orang daripada 34 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 195 mangsa daripada 60 keluarga yang direkodkan petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata mangsa yang terjejas itu membabitkan daerah Batu Pahat dan Segamat dengan tiga PPS beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat serta Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Kampung Tasek, Segamat.

Beliau berkata kawasan terlibat banjir di Batu Pahat adalah Kampung Baharu Sri Gading; Kampung Parit Bengkok; Kampung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version