Site icon Hot FM

Mangsa banjir Johor terus meningkat


Seramai 7,947 penduduk dipindahkan ke 52 pusat pemindahan sementara di Johor susulan banjir di negeri itu yang semakin buruk. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini meningkat kepada 7,947 manakala jumlah mangsa banjir di Pahang menurun kepada 450 orang.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 7,947 yang berlindung di 52 PPS berbanding 7,297 di 50 PPS tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, 26 PPS di Kota Tinggi menempatkan 4,705 mangsa diikuti 11 PPS di Johor Bahru dengan 1,753 mangsa, sembilan PPS di Kluang (1,306 mangsa), empat di Segamat (75) serta sebuah PPS masing-masing di Kulai (86) dan Pontian (22).

Di Pahang, jumlah mangsa berkurangan kepada 450 yang berlindung di 21 PPS di tiga daerah berbanding 1,165 di 24 PPS tengah hari tadi, merangkumi 11 di Rompin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version