Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir Kedah turun kepada 89 orang

today3 October 2024

Background


Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 89 orang berbanding 97 orang daripada 28 keluarga malam tadi. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 97 orang daripada 28 keluarga malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd Suhaimi Mohd Zain, berkata kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melebihi paras waspada iaitu 1.77 meter (m).

Sementara itu di Perak, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai pada pagi ini, kekal dengan 34 mangsa daripada 10 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan semua mangsa merupakan penduduk Kampung Matang Tengah, yang telah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post