Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir Kelantan meningkat, Terengganu turun

today26 November 2023

Background


Sebanyak 201 keluarga di Kelantan sedang berada di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kelantan meningkat, manakala Terengganu menurun selain Selangor menjadi negeri ketiga membuka dua PPS, setakat 8 malam ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 709 orang daripada 201 keluarga berbanding 531 orang daripada 144 keluarga pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 232 mangsa dari Pasir Mas melibatkan 79 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, manakala 56 daripada 16 keluarga ditempatkan di SK Kedai Tanjung.

Di jajahan Bachok, 354 mangsa daripada 90 keluarga ditempatkan di SK Jelawat dan 67 daripada 16 keluarga mendapat perlindungan di SK Beris Panchor.

Situasi banjir di Terengganu semakin pulih apabila 326 mangsa daripada 73 keluarga berada di enam PPS di empat daerah, berbanding 621 daripada 147 keluarga di 12…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post