Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir Kelantan, Perak meningkat

today17 December 2023

Background


Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak dilaporkan terus meningkat namun situasi dilaporkan semakin pulih di Terengganu dan Selangor. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak terus meningkat malam ini manakala situasi di Terengganu dan Selangor dilaporkan semakin pulih.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,840 orang daripada 1,528 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,114 orang daripada 1,282 keluarga direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah masih terjejas banjir dan semua mangsa sedang berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di lokasi terbabit.

Di Pasir Mas mangsa ditempatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang (2), SK Gual To’Deh, SK Kok Pauh, SK Gual Sitok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post