
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut hari ini.
Di Kelantan, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 13 PPS diaktifkan di daerah Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai setakat 8.35 malam tadi.
Pemindahan itu melibatkan 10 PPS di Tanah Merah dengan jumlah mangsa banjir 389 orang daripada 118 keluarga, manakala di Machang dua PPS dibuka yang menempatkan 52 orang daripada 11 keluarga, serta satu PPS dibuka di Kuala Krai melibatkan 41 orang daripada 12 keluarga.
Antara PPS yang dibuka di Tanah Merah ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Nyior, SK Lawang, SK Mukim Kuala Kepok, SK Batang Merbau, SK Lalang Pepuyu, SK Gual Jedok, SK Kelewek, Balai Raya Padang Kijang, Sekolah Menengah Kebangsaan…