Site icon Hot FM

Mangsa banjir Pahang meningkat, Kelantan, Johor kekal


Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan sedikit peningkatan manakala bilangan mangsa di Kelantan dan Johor masing-masing dilaporkan kekal setakat 6 pagi tadi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan sedikit peningkatan dengan 29 orang berbanding 19 orang manakala bilangan mangsa di Kelantan dan Johor masing-masing dilaporkan kekal setakat 6 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), semua mangsa di Pahang itu berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Maran dan Temerloh, lapor Bernama.

Di Kelantan, bilangan mangsa banjir kekal dengan seramai 26 orang ditempatkan di sebuah PPS di Pasir Mas manakala di Johor pula membabitkan 25 mangsa yang berlindung di sebuah PPS di Segamat.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya meliputi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.01 meter…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version