Site icon Hot FM

Mangsa banjir Pantai Timur meningkat


Banjir gelombang ketiga di Terengganu dilaporkan semakin buruk, manakala Gua Musang menjadi kawasan baharu terjejas di Kelantan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, dan Pahang merekodkan peningkatan malam ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,599 orang daripada 441 keluarga setakat 8 malam tadi, berbanding 856 orang daripada 235 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Jajahan Gua Musang menjadi kawasan baharu terjejas selepas Pasir Mas, Jeli, dan Tanah Merah.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kelantan, 38 mangsa daripada tujuh keluarga di Gua Musang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1.

Empat PPS dibuka di Jeli melibatkan SK Jeli 1, SK Bukit Jering, SK Lubok Bongor, dan SK Kuala Balah.

Mangsa banjir di Pasir Mas berlindung di PPS SK Gual To’Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok, dan Madrasah Mukim Padang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version