
PETALING JAYA: Bilangan mangsa banjir di Sabah dan Johor mencatatkan penurunan manakala di Pahang kekal dengan 314 mangsa setakat malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 1,723 mangsa daripada 673 keluarga, yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding jumlah sebelum itu dengan 2,639 mangsa daripada 927 keluarga di 19 PPS.
“Seramai 1,348 orang daripada 565 keluarga yang ditempatkan di empat PPS di Pitas, diikuti Paitan 333 mangsa daripada 97 keluarga dan Lahad Datu kekal 42 mangsa daripada 10 keluarga.
“Dua PPS masing-masing satu di Pitas iaitu Sekolah Kebangsaan Bangkau-Bangkau dan Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa,” kata kenyataan itu.
Di…