Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa banjir Sabah, Sarawak makin kurang malam ini

today1 February 2025

Background


Premier Sarawak Abang Johari Openg menyantuni penduduk Kampung Lereng Bukit yang ditempatkan di PPS Bulan Sabit Merah di Miri semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dengan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 1,485 orang berbanding 1,702 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di negeri itu.

“Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 819 mangsa, diikuti Lahad Datu (520); Beaufort (110); dan Paitan (36),” menurut sekretariat itu dalam kenyataan.

“Trend pemindahan mangsa di daerah Lahad Datu menunjukkan peningkatan manakala daerah-daerah lain kekal tidak berubah.”

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 12,423 orang berbanding 12,656 petang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post