
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Pahang terus meningkat pagi ini manakala keadaan bah di Negeri Sembilan beransur pulih.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,991 orang daripada 561 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 1,599 orang daripada 441 keluarga malam tadi.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Kelantan, sebanyak 21 PPS dibuka melibatkan empat jajahan, iaitu Pasir Mas (lima PPS), Tanah Merah (lapan PPS), Gua Musang dan Jeli masing-masing empat PPS.
Banjir gelombang ketiga di Terengganu pula semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di enam daerah setakat 8 pagi ini meningkat kepada 2,111 orang daripada 612 keluarga, berbanding 826 orang daripada 253 keluarga malam tadi.
Menurut sekretariat JPBN Terengganu, Kemaman menjadi daerah…