Persetujuan mangsa rogol diperlukan untuk penilaian lanjut dijalankan oleh doktor, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

PETALING JAYA: Mangsa yang didakwa dirogol namun tidak diberi bantuan segera di hospital awam di Sarawak menolak penilaian lanjut, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Ini susulan dakwaan pengguna Twitter @serensespagetthi bahawa seorang mangsa rogol tidak dibenarkan masuk ke pusat khidmat krisis sehenti (OSCC) sebuah hospital awam dan diberitahu untuk membuat laporan polis terlebih dahulu.
Selepas bertengkar dengan kakitangan hospital dan akhirnya dapat memasukkan mangsa ke OSCC, beliau mendakwa wanita itu tidak diperiksa, sebaliknya hanya diberi ubat perancang kecemasan dan antibiotik untuk penyakit kelamin yang mungkin terjangkit.
Menurut The Borneo Post, Pengarah Kesihatan Negeri…