Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mangsa di Kedah meningkat, Perak banjir semula

today1 October 2024

Background


Baling menjadi daerah baharu yang terjejas akibat banjir di Kedah apabila seramai 134 orang daripada 62 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Baling menjadi daerah baharu yang terjejas akibat banjir di Kedah, sekali gus menjadikan jumlah mangsa di negeri ini meningkat kepada 1,373 orang daripada 457 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,332 orang daripada 426 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 134 orang daripada 62 keluarga di Baling ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di SK Tanjung Pari, SK Siong, SK Malau, dan SK Seri Bayu.

Sementara itu, Pokok Sena masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 697 orang daripada 221 keluarga yang kini berlindung di PPS Surau Desa KEDA Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, SK Bukit Hijau Mukim Derang, dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.

Di Kota Setar, seramai 416 orang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post