Hot FM

Mangsa tanah runtuh ucap terima kasih kepada anggota penyelamat



Pasangan suami isteri menemui tiga anggota APM petang tadi untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. (Gambar APM Selangor)

PETALING JAYA: Walaupun kehilangan anak tunggal mereka, sepasang suami isteri yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali tetap menghargai usaha keras anggota penyelamat.

Pertemuan pasangan itu dengan Hilmi Husman, Amin Rosdi dan Firdaus Abd Samad petang tadi dikongsi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor di Facebooknya.

Tiga anggota APM itu antara yang terawal tiba di lokasi kejadian, selepas tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi 16 Dis lalu.

“Dalam pertemuan berkenaan, kedua suami isteri ini menyatakan kesedihan atas kehilangan anak tunggal mereka, malah berkongsi video rakaman ulang tahun kelahiran anak kesayangan yang terlebih dahulu meninggalkan mereka.”

APM Selangor berkata, mangsa lelaki itu merupakan orang pertama menghubungi talian kecemasan dan beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version