Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Manifesto PH berdasarkan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan

today20 July 2026

Background


Aminuddin Harun
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, pada sidang media selepas pelancaran manifesto bagi PRN Negeri Sembilan.
PETALING JAYA:

Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Negeri Sembilan dirangka berdasarkan pengalaman lapan tahun mentadbir negeri, dengan tumpuan pada kesinambungan agenda sedia ada, serta penambahbaikan dan pemerkasaan.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berkata manifesto ini menekankan perkara yang mampu dilaksanakan.

“Kalau sebelum ini kita banyak meletakkan apa yang ingin kita laksanakan, tetapi kali ini kita tambah baik dan kita perkasakan dalam lima tahun akan datang,” katanya, lapor Bernama, pada sidang media sempena pelancaran manifesto.

“Lima tahun ini adalah untuk kita memastikan bahawa ia benar-benar menjadi kenyataan, dan yang utama adalah menjadikan Negeri Sembilan mempunyai asas yang boleh kita letakkan kepada anak cucu kita pada masa hadapan.”

Aminuddin berkata hampir semua manifesto terdahulu berjaya direalisasikan, kecuali…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Yamal tak layan, hampir malukan Trump

New York: Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, mencuri perhatian selepas hampir memalukan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika majlis penyampaian trofi Piala Dunia di hadapan jutaan penonton.

today20 July 2026