Tawaran itu antara janji kerajaan PAS yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang jika terus diberi mandat memerintah.

PETALING JAYA: PAS Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membeli motosikal bagi individu bekerja berpendapatan maksimum RM4,000 sebulan.
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata tawaran pembelian motosikal tanpa faedah itu antara 10 perkara dalam manifesto PAS bagi PRN kali ini.
“Tawaran ini antara janji kerajaan Pas yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah,” katanya ketika berucap pada satu acara di Kuala Terengganu malam tadi, lapor Sinar Harian.
“Pada PRU14, PAS Terengganu menunaikan semua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan.”
Samsuri berkata, parti itu…
