Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Manis Berbaju Kurung, Amyza Aznan Main ‘Buat Hal’ Main Sepak Takraw

today25 January 2023

Background

Pelakon Amyza Aznan sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana bermain sepak takraw sambil memakai baju kurung.

@amyzaaznankaaia i mmg lembut tapi LASAK!🤣kak kaaia mmg peminat takraw! meorrrrr ko nengok ni!🤣 @meorzulfikar_ #kaaia #amyzaaznankaaia #andremikhailkaaia #adrianadamkaaia #aydenandikaaia #malaysianactor #performer #january #penyanyi #pelakonmalaysia #fyp #fypシ #takrawmalaysia #shooting ♬ Gantengnya Pacarku – Rani Chania

Menerusi perkongsian Amyza di TikTok, bola takraw itu dijadikan bag tangan sebelum dia cuba menimang bola terbabit namun ia gagal.

“I memang lembut tapi lasak.

“Kak Kaaia memang peminat takraw! ko nengok ni,” tulis Amyza.

Hasil tinjauan ke ruangan komen wargamaya terhibur melihat gelagat Amyza yang sentiasa ceria dan ada juga yang memuji kecantikan pelakon terbabit biarpun sudah berusia.

“Handbag tu rare lah.

“Kak makin lawa, suka tengok gelagat akak, terhibur tau.

“My idola, hari tu ada jumpa dekat pusat pakaian hari-hari dekat area Pudu tapi tak sempat nak ambil gambar dengan idola,” komen peminat.

Written by: Salma