
PETALING JAYA: Pemansuhan harga siling telur akan membolehkan kaedah pengeluaran lebih berkesan dinormalisasikan, seterusnya membawa kepada bekalan pasaran lebih stabil, kata Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin Ameer Ali Mydin.
Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk mengekalkan kawalan harga tidak menangani masalah kekurangan bekalan telur “berterusan” sejak wabak Covid-19, yang memaksa ramai pengguna, termasuk golongan B40, membeli telur Omega yang lebih mahal.
“Harga telur pasti akan naik sekurang-kurangnya 10 sen sebiji (tanpa kawalan harga) yang akan membawa kepada kenaikan RM3 sepapan.
“Sebelum kawalan harga, ini sebenarnya harga standard bagi telur,” katanya kepada FMT.
Pada Isnin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan harga siling bagi ayam….