Pelakon, Ben Amir menegur tindakan seorang netizen yang didakwa cetek akal apabila meninggalkan komen berbaur negatif terhadap Pulau Siargao, Filipina, tempat yang kini menjadi kediaman baharunya.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ben atau nama penuhnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, meluahkan rasa kecewa dengan komen netizen terbabit yang menyatakan keindahan pulau itu bakal musnah sekiranya dilanda taufan.
Menurut Ben, komen berkenaan bukan sahaja tidak sensitif malah menyinggung perasaan penduduk tempatan yang masih berdepan trauma akibat bencana alam tersebut.
“Kita ni kalau tak ada benda baik nak cakap jangan cakap benda yang bodoh. Siargao memang pernah kena typhoon teruk dan orang di sini masih recover dan trauma pasal ni.
“Kita bantu dan beri sokongan pada satu sama lain untuk bina semula kehidupan. Tetapi itulah manusia ni ada saja benda bodoh nak cakap,” bidasnya.

Artikel Berkaitan: Masih Aktif, Ben Amir Perjelas Hanya Terima Tawaran Berlakon Filem – “Saya Akan Pulang Jika Ada Projek Menarik”