Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Manzoor Azwira Abdul Wahid yang kini bergelar pengendali sementara Penang FC mengakui harapan yang tinggi yang diletakkan penyokong memberikan tekanan kepada dirinya dan pemain-pemain lain.
Namun, Manzoor menghormati apa jua pandangan serta kritikan dari peminat sambil menyifatkan itu adalah sesuatu yang biasa dalam bola sepak.
“Bohong kalau saya katakan tidak tertekan, begitu juga dengan pemain selepas enam perlawanan tidak menang di Liga Super.
“Saya boleh terima pandangan yang diberikan oleh penyokong kerana itu hak mereka yang mahukan pasukan mampu bagi saingan.
“Cuma sekarang ini saya mahu fokus kepada aspek mental pemain dan mahu mereka ambil tekanan itu sebagai satu cabaran.
“Apa sahaja jua keputusan berdepan Kuala Lumpur pada Selasa, saya sedia menerimanya tetapi apa lebih penting, pemain berikan yang terbaik dan semua pihak boleh berpuas hati dengan aksi yang…