Gelatin dibawa masuk itu tidak mengikut syarat rawatan ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam import permit.

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk 18 tan gelatin dari Pakistan yang cuba diseludup menerusi Pelabuhan Klang Utara, Jumaat lalu.
Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena oleh pegawainya pada 11.30 pagi menemukan gelatin dianggarkan bernilai RM635,383.33.
“Pemeriksaan mendapati gelatin dibawa masuk itu tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam import permit,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perbuatan mengimport dagangan yang tidak mematuhi syarat permit dikeluarkan oleh Maqis adalah menjadi kesalahan bawah Seksyen 15 (1), Akta…