Hot FM

Maqis gagalkan cubaan bawa keluar 3 burung merbok tanpa permit


burung merbok
Pemeriksaan mendapati tiga burung merbok cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen sah seperti permit eksport mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. (Gambar Wikipedia)

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyekat cubaan seorang warga Indonesia untuk membawa keluar tiga ekor burung merbok tanpa permit eksport yang sah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, pada 17 Nov lalu.

Perbuatan itu dikesan pada 6 pagi semasa pemeriksaan rutin ke atas seorang individu di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 dilaksanakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga burung merbok tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit eksport Maqis mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan.

Mengeksport sebarang keluaran pertanian tanpa permit eksport Maqis adalah suatu kesalahan bawah Seksyen 11(2) Akta 728 yang boleh dihukum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version