PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah merampas 23,000 kg ayam sejuk beku bernilai RM245,640 selepas ia cuba dibawa masuk ke negara ini Selasa lalu.
Pengarah Maqis Kedah, Tuan Hisham Abu Bakar, berkata pemeriksaan rapi oleh pasukan penguat kuasa ke atas ayam sejuk beku berkenaan mendapati ia mempunyai tarikh luput dan nombor perakuan yang berbeza dengan sijil halal yang diisytiharkan.
Katanya, ia adalah pelanggaran serius dan semua barang rampasan kini ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
“Tindakan tegas akan terus diambil untuk memastikan barangan pertanian yang diimport ke negara ini, termasuk tumbuhan, karkas, ikan, dan hasil pertanian, bebas daripada…