
KEPALA BATAS: Lelaki yang ditahan berhubung penemuan satu bungkusan mengandungi bahan letupan buatan sendiri (IED) di Mak Mandin Ahad lepas, dipercayai bertindak meletupkan bahan itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.
Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Asri Shafie, berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki tempatan berumur 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana mendakwa lelaki warga emas yang merupakan jirannya sering memerlinya.
“Suspek mendakwa jirannya selalu perli dirinya dan sebab itu bertindak meletupkan bahan itu bagi menakutkan serta memberi amaran kepada jiran berkenaan.
“Suspek meletakkan bahan letupan terbabit di hadapan rumah jirannya di tingkat empat Flat Taman Pandan itu sebelum meletupkannya sehingga menyebabkan bahagian jeriji besi pintu rumah dan koridor di situ rosak…