
PASIR SALAK: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini memperkenalkan dua varieti baharu padi wangi selaras peningkatan permintaan terhadap beras wangi berkualiti serta mempunyai nilai kesihatan tinggi untuk rakyat di negara ini.
Pengerusi Mardi Azman Ismail berkata, MRQ107 dan MRQ111 dijangka dapat memberi manfaat kepada petani dan pengguna beras istimewa tempatan sekali gus memperkukuh industri padi dan beras negara.
Katanya, sejak 2010, Mardi telah melaksanakan kajian ke atas kedua-dua varieti padi itu yang mempunyai kualiti seperti aroma, warna, nutrisi dan ciri beras, memberi nilai tambah kepada varieti itu sendiri.
“Kedua-dua varieti padi ini mampu mencapai hasil tuaian melebihi lima metrik tan per hektar dengan pengurusan yang baik dan MRQ107 boleh dituai dalam…