
PETALING JAYA: Marina Mahathir memohon maaf atas kesilapan dalam kolum terbarunya di The Sunday Star baru-baru ini, kerana mengaitkan ancaman “tembak” terhadap pelarian Vietnam pada 1970-an kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie.
Media melaporkan ancaman itu sebenarnya dibuat oleh bapanya, Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
Dalam kolum 30 Jan, Marina antara lain berkata bahawa: “Saya pernah melalui detik-detik memalukan di luar negara apabila ahli politik kita berkata sesuatu yang bodoh dan kemudian cuba menutupnya.
“Pada penghujung 70-an apabila ramai pelarian Vietnam mendarat di pantai kita, Menteri Dalam Negeri ketika itu mengumumkan bahawa kita akan tembak (shoot) mana-mana pelarian yang mendarat di pantai kita.
“Seperti yang boleh dijangkakan, kemarahan dari seluruh dunia. Dia kemudian memberikan alasan…