Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Marissa Dania Beri Pesanan Sinis Kepada Haters

today28 September 2024

Background

Pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim mencuri perhatian selepas dia meninggalkan petikan berupa quotes seakan-akan menyindir individu yang membencinya.

Menurut petikan yang dikongsikan, adalah tidak baik menyekat golongan pembenci atau ‘Haters’ di media sosial sebaliknya, lebih baik meninggalkan satu atau dua orang agar individu berkenaan tersebut boleh menyampaikan ‘pesanan’ kepada yang lain.

“Don’t block all your haters. Leave one or two, so they can report to the headquarters,” kongsinya.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun hantaran itu seolah-olah ditujukan kepada netizen.

Terdahulu, nama Marissa mula menjadi bualan hangat selepas dia terpalit dengan isu kontroversi sehingga menyebabkan dia dilabel sebagai penyondol.

Bahkan, apa sahaja hantaran yang dimuat naik oleh anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini pastinya akan menjadi tumpuan dan meraih banyak respons positif dan negatif dalam kalangan netizen.

Untuk info, Marissa Dania, 19, mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka anak tiga bernama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua.

Marissa dan Aslam kemudian bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Malah, Marissa sebelum ini dilaporkan sedang hamil enam bulan, namun mengalami komplikasi sehingga menyebabkan bayi sulung yang dilahirkannya meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Sila Jaga Kata-Kata!” – Dituduh ‘Happy’ Madu Kematian Anak, Kakak Umisya Tegur Netizen… Dedah Adik Urus Jenazah Bayi Marissa

ARTIKEL BERKAITAN:Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Tiket ke Piala Asia B-20 lebur

Kuala Lumpur: Harapan skuad bawah 19 (B-19) tahun negara untuk menempah tiket ke Piala Asia B-20 tahun depan boleh dikatakan sudah tertutup selepas tewas 0-1 di tangan Tajikistan dalam aksi ketiga Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20, sebentar tadi.

today28 September 2024