Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Marissa Dania Sindir Warganet – “Awak Benci Saya, Tapi Saya Tak Kenal Awak”

today2 July 2025

Background

Pempengaruh dan model jelita, Marissa Dania mencuri tumpuan selepas meninggalkan pesanan sinis kepada pengikutnya di media sosial.

Menerusi video pendek di platform TikTok, Marissa yang juga anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi ini seakan memberi bayangan dirinya tidak terkesan dengan tohmahan netizen terhadapnya selama ini.

“Imagine throwing hate at me, I don’t even know you exist,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan kenyataan Marissa.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan netizen yang memuji Marissa kerana tetap tabah mempertahankan diri.

@marissadaniahakim_

♬ sonido original – 🔥

Written by: Aqilah