Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam operasi

today9 January 2025

Background


Maritim Malaysia menerima peruntukan berjumlah RM400 juta bagi tujuan pembaikan serta penyelenggaraan aset laut dan udara tahun ini. (Gambar APMM)

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dipilih sebagai salah satu jabatan bawah Kementerian Dalam Negeri sebagai perintis pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd Rosli Abdullah, berkata penggunaan teknologi AI bukan sahaja akan meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam menjamin kesejahteraan negara.

“AI adalah satu pendekatan baharu yang perlu diberikan perhatian oleh semua warga Maritim Malaysia, khususnya pengurusan atasan agensi ini.

“Ini kerana AI akan menjadi pemangkin kepada reformasi operasi Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan berhubung ucapannya pada majlis amanat tahun baharu ketua pengarah Maritim Malaysia.

Dalam kenyataan sama, Rosli berkata Maritim Malaysia menerima…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post