What an epic comeback! Selepas beberapa tahun tidak bertanding, Akim & The Majistret berjaya mendapat tempat di carta AJL39.
Selepas muncul dengan single Roulette, kira-kira tiga tahun lalu, ATM mengubat rindu peminat dengan lagu baharu berjudul Saksama, ciptaan bersama ahli ATM dan isteri Akim, iaitu Stacy atau nama penanya, Bunga Cantik yang menghasilkan lirik.