Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh mendedahkan dirinya meminati kumpulan R&B popular tempatan, Innuendo.
View this post on Instagram
Marsha mendedahkan perkara terbabit kepada pelakon Amelia Henderson ketika ditemu bual dalam podcast Studio Sembang yang bersiaran di YouTube.
“I have a huge crush on local band, saya suka Innuendo tapi dorang dah tak menyanyi dah, they seperate dah.
“But I know Sam and a few other people from Innuendo. Saya ada problem yang saya takkan cakap saya minat mereka sebab saya malu,” dedah Marsha.
Dalam pada itu, Amelia bertindak untuk menyokong angan-angan Marsha dan mengharapkan agar Innuendo dapat membuat ‘comeback’ dan berkolaborasi bersama Marsha.
“Hai, siapa-siapa yang kenal Innuendo tolonglah forward kan segmen ni dekat Innuendo,” kata Amelia.
Dalam perkembangan lain, Marsha bakal mengeluarkan single terbaharu pada bulan hadapan berjudul Darah.