Penyanyi popular, Marsha Milan, 38, mendedahkan dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya sepanjang hampir 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Menurut pelantun Hening Rindu itu, dia dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail memilih untuk hidup berteraskan kepercayaan antara satu sama lain.
“Terus terang saya cakap, saya dan husband memang tak ‘check’ phone masing-masing sebab kami percaya antara satu sama lain, cuma saya tetap tahu password dia, dan dia tahu password saya.
“Saya rasa as long as kami ada percaya antara satu sama lain, jadi saya rasa tak perlu pun untuk berbuat sedemikian (periksa telefon).
“Sebab bila kita mula trigger itu, nanti akan timbul persoalan pulak kan,” kata Marsha.
Marsha ditemui XTRA ketika majlis menandatangani kolaborasi antara dua syarikat terkemuka, Alternate Records & Talent dan Universal Music Malaysia di Petaling jaya baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pengalaman berhadapan dengan anasir-anasir luar dalam rumah tangganya, Marsha bagaimanapun menafikan perkara berkenaan.
“Alhamdulillah, buat masa ini tak de. Suami saya seorang yang sangat family person, dia lebih memilih untuk berada di rumah.
“Dia seorang yang sangat memahami saya serta urusan kerja yang perlu saya selesaikan, jadi saya tidak terfikir apa-apa yang negatif tentang dia,” katanya.
Sekadar info, Marsha sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang pada tahun 2015.