Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri bersama Bawal Sdn. Bhd. memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn Bhd, iaitu, Rosmaliza Mansor yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’ – Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Risau ‘Sliding Door’ Tiba-Tiba Pecah – ‘Rumah Dipantau 24 Jam, Kami Dah Semak CCTV’
Haliza menang saman

Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan telah memerintahkan Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Menurut Haliza selaku Pengasas dan Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive, tindakan saman dilakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka di luar sana…