
PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri hal ehwal agama ‘menjemput’ Umno menyambung usaha PAS membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai RUU 355.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary daripada PAS, berkata draf RUU 355 telah disiapkan “dengan sempurna”, serta disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt 2022.
Beliau menambah, draf itu “sepatutnya sudah sedia untuk dibawa ke Parlimen pada bila-bila masa”.
“Sekiranya kerajaan perpaduan serius ingin memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah, saya mencadangkan agar kerajaan boleh terus mengguna pakai draf RUU355 yang sudah disiapkan sebelum ini agar proses penggubalan tidak perlu bermula daripada peringkat awal semula, sementelah ia akan melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang…