Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MAS elak ruang udara Iran susulan ketegangan Timur Tengah

today13 April 2024

Background


MAS antara syarikat penerbangan yang mengubah laluan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel. (Gambar Wikipedia)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

“Kami mengubah haluan dan mengelak ruang udara Iran,” kata syarikat penerbangan nasional itu.

MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel.

German Press Agency (dpa) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat, beliau berasakan Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel “lebih cepat daripada jangkaan”.

Biden bagaimanapun enggan menghuraikan perisikan rahsia Washington mengenai rancangan Tehran, lapor agensi itu.

Ancaman Iran terhadap Israel semakin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post