Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MAS sambung semula penerbangan Sabah, Sarawak, Labuan

today19 April 2024

Background


Semalam, Malaysia Airlines membatalkan 19 penerbangan antara KLIA dan destinasi di Sabah dan Sarawak berikutan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam susulan keadaan semasa cuaca.

Syarikat penerbangan itu dalam kemas kini di media sosialnya hari ini berkata, perkembangan positif ini susulan pembatalan penerbangan yang perlu dilaksanakan akibat letusan Gunung Ruang di Indonesia.

“Sementara syarikat penerbangan dalam usaha memulihkan operasi biasa secepat mungkin, beberapa penerbangan Malaysia Airlines yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan dengan mempertimbangkan keadaan cuaca dan keselamatan operasi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memberikan kemas kini menerusi akaun media sosialnya secara berkala, dan berkomunikasi terus dengan pelanggan yang terjejas sekiranya terdapat sebarang perubahan bagi penerbangan.

“Penumpang diminta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post