Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Jualan Rahmah semuanya melalui libat urus dan akhirnya menghasilkan kejayaan.

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub, berkata “masa akan menentukan segalanya” susulan kritikan seorang pemimpin Bersatu terhadap idea pasar raya mampu milik dicadangkannya sebelum ini.
“Masa akan menentukan tetapi sebagaimana inisiatif lain, kita akan mengadakan libat urus dengan pemain industri dahulu.
“Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Jualan Rahmah semuanya melalui libat urus dan akhirnya menghasilkan kejayaan,” katanya selepas sesi walkabout peniaga dan pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR).
Salahuddin berkata, beliau yakin dengan kejayaan idea pasar itu dengan keberhasilan inisiatif konsep “Rahmah” sebagaimana…