
PETALING JAYA: Keperitan penduduk empat penempatan di Langkawi yang berdepan masalah air sejak dua tahun lalu berakhir apabila kerajaan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencapai beberapa penyelesaian.
Dalam kenyataan, SPAN berkata perjumpaan antara agensi itu diketuai Pengerusi Charles Santiago dan wakil penduduk Taman Sungai Raya, Kampung Belanga Pecah, Kampung Teluk dan Kampung Kisap kelmarin mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang.
“Bagi jangka pendek, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) akan menambah jumlah lori tangki daripada empat kepada tujuh; dan menambah tangki statik di lokasi terkesan sebagai penyelesaian jangka pendek serta menyediakan kakitangan yang boleh dihubungi secara 24 jam bagi penghantaran bekalan air,” katanya.
Bagi jangka sederhana, SPAN berkata tiga rumah pam bersama tangki sedutan akan dibina di Taman…