
Masalah sistem brek menyebabkan sebuah tren LRT di stesen Abdullah Hukum di Bangsar mengeluarkan asap pagi ini, menurut Rapid KL.
Syarikat pengendali perkhidmatan tren itu berkata, susulan kejadian pada 9.44 pagi itu, tren yang terjejas dikeluarkan daripada perkhidmatan serta-merta.
“Kesemua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen Abdullah Hukum sebelum meneruskan perjalanan menaiki tren seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rapid KL, tiada kecederaan dilaporkan dan perkhidmatan di laluan Kelana Jaya terus beroperasi seperti biasa.
Syarikat itu berkata, pasukan teknikalnya kini sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan ke atas tren yang terjejas untuk memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Sehubungan itu, pihak Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang yang…