Site icon Hot FM

Masalah disiplin punca 339 pegawai polis ditukar sejak 2018


Antara kesalahan itu termasuk mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis berkahwin, berkhalwat dan terbabit aktiviti tidak bermoral.

Kementerian Dalam Negeri berkata, pertukaran itu tidak dijadikan hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai polis terbabit.

KUALA LUMPUR: Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin terlibat dalam proses pertukaran sejak 2018 hingga Januari lepas.

Daripada jumlah itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan 294 pegawai atau 86.7% ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4%) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9%) ditukarkan ke Sarawak.

“Pertukaran tersebut dilakukan kerana didapati pegawai polis terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia dipindahkan ke Sarawak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version