Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Masih Lagi Tak Boleh Bangun, Fatimah Mampu Bergerak Selepas Jalani Lima Prosedur

today19 June 2024

Background

Fatimah ‘The Family UK’ dilaporkan masih tidak boleh bangun selepas menjalani prosedur tempoh hari.

Dalam satu perkongsian, keluarga yang menetap di United Kingdom itu menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan Fatimah atau nama lengkapnya Fatimah Omar Mukhlis, 10.

“Hari ke-50 di hospital. Eid-ul-Adha Mubarak dari kami sekeluarga di Birmingham, UK.

“Terima kasih pada semua yang tak pernah putus bertanya khabar kami di sini dan terima kasih juga pada semua yang sama-sama tolong mendoakan Fatimah.

“Tidak terucap dengan kata-kata rasa terharu di atas segala kebaikan dan keikhlasan anda semua yang sangat prihatin.

“Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda pada semua,” tulisnya di Instagram.

‘The Family UK’ turut berkongsi keadaan terkini Fatimah yang difahamkan masih tidak bangun dan bergerak selepas menjalani prosedur-prosedur tersebut.

“Fatimah masih lagi tak boleh bangun selepas menjalani 5 procedure di bahagian belakang dan depan badan pada hari Jumaat – 14 Jun.

“Walaupun hari ni dah masuk hari ke-4 selepas procedure, Fatimah masih lagi sakit tak mampu untuk bergerak.

“Tolong doakan Fatimah, semoga Allah Al-Latif Yang Maha Lembut meringankan sakit yang ditanggung Fatimah” kongsinya.

Terdahulu, Fatimah mendapat perhatian ramai apabila kondisi kesihatannya cetus tanda tanya apabila banyak berkongsikan momen di hospital.

Untuk info, ‘The Family UK’ mula dikenali apabila tiga beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering membuat video dalam loghat Kelantan.

Malah, tiga beradik tersebut amat rapat dengan bapa saudara mereka yang juga Cef Selebriti, Allahyarham Adam Idam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail.

Adam menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatimah Ditidurkan, Keluarga Mohon Doa Kesemua Lima Prosedur Dipermudahkan Tanpa Sebarang Komplikasi 

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Akan Kongsi Penyakit Fatimah ‘The Family UK’ Selepas Biopsi Selesai – “Kami Kena Jaga Emosinya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Fatimah ‘The Family UK’ Makin Lemah Walaupun Pendarahan Sudah Berhenti 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post