
PUTRAJAYA: Diskaun masih perlu diberikan kepada golongan Bumiputera berpendapatan rendah untuk membeli rumah mampu milik dan kos rendah, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, katanya, diskaun sedemikian tidak boleh diberikan kepada golongan tidak layak, seperti kumpulan berpendapatan tinggi.
“Bagi menyantuni keperluan rumah, dengan kuasa beli terhad, maka diskaun harus diberikan, katanya pada sidang media selepas Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.
“Tetapi tidak kepada mereka berpendapatan tinggi atau (yang) berada di tahap kelas pertengahan, melebihi apa yang sepatutnya diperolehi untuk subsidi.”
Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi Bursa Malaysia Abdul Wahid Omar untuk memansuhkan diskaun kepada golongan Bumiputera untuk membeli kediaman…