
KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani berkata, pekerja manual masih diperlukan untuk meraih buah kelapa sawit kerana teknologi mesin untuk tujuan itu masih belum dibangunkan.
Disebabkan itu, kata Johari, industri minyak sawit masih sangat bergantung kepada pekerja asing untuk meraih dan mengutip buah, dengan hampir separuh daripada tenaga buruh ditumpukan untuk tugas itu.
“(Meraih buah sawit) masih memerlukan (tenaga) manual. Kita ada banyak pisau-pisau untuk meraih buah ini secara automatik, gunakan bateri, tetapi kita perlukan tenaga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, tugas-tugas lain seperti penggunaan baja dan racun, katanya, dapat dilaksanakan menggunakan alatan seperti dron.
Johari menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mengenai sama ada kementerian bercadang menangani kekurangan pekerja dalam…