
PETALING JAYA: Penduduk di Kelurahan Sapuro Kebulen, Indonesia terharu Masjid Jami Aulia Pekalongan yang berusia 411 tahun menerima sumbangan karpet daripada badan-badan dan individu Malaysia, menjelang Ramadan yang bakal tiba.
Yayasan VFive, Teraju Construction Sdn Bhd dan beberapa individu menyumbang karpet berona hijau bermotifkan sejadah Raudhah Masjid Nabawi pada satu majlis semalam.
Selain sumbangan, lebih 1,000 diraikan dalam satu majlis makan tengahari selepas solat Jumaat.
“Kami mewakili jemaah Masjid Jami Aulia mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan karpet baharu dan program jamuan makan tengahari,” kata nazir masjid, Ahmad Dhananir Mutasil.
Majlis turut dihadiri Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Shamsuri Ghazali, dan Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia, Asro Kamal Rokan.
Asro berkata program seperti ini mengukuhkan…