Pengerusi Masjid Kariah Desa Anggerik di Juasseh berkata, duit syiling itu hasil sumbangan orang ramai dalam tabung masjid.

PETALING JAYA: Masjid Kariah Desa Anggerik di Juasseh, Kuala Pilah mencipta kelainan dengan memberi duit raya kepada kanak-kanak dalam bentuk syiling di dulang sempena Aidilfitri.
Tetapi, Pengerusinya, Nasarudin Zainal berkata, jumlah duit raya itu bergantung kepada berapa banyak syiling yang boleh diambil kanak-kanak menggunakan dua tangan saja.
“Duit syiling kita banyak hasil sumbangan orang ramai dalam tabung masjid. Anggarannya lebih kurang RM550, kita beri peluang kepada kanak-kanak sehingga 12 tahun ambil duit raya dalam dulang selepas selesai solat dan khutbah Hari Raya Aidilfitri.
“Aktiviti ini diadakan secara suka-suka saja bagi menceriakan suasana pagi Syawal, selain menggalakkan kanak-kanak datang ke masjid,” katanya…