
PETALING JAYA: Ketika hujan terus membasahi Bandar Bukit Raja di Klang pada Sabtu lalu, penduduk merenung dalam keadaan ketakutan apabila limpahan air mula meresap masuk ke dalam rumah dan jelasnya, sesuatu harus dilakukan.
Biarpun terdapat sebuah sekolah berhampiran yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara namun ia tidak mempunyai kapasiti untuk menempatkan ramai mangsa banjir.
Dari situlah, Mohd Zulkifli Othman mula melakukan sesuatu.
Presiden persatuan yang terdiri daripada 32 penduduk di Bandar Bukit Raja, Zulkifli segera membuat panggilan kepada Md Nazri Mohamed Nor, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja.
Walaupun Masjid Bandar Bukit Raja dijangka akan dibuka sepenuhnya tahun depan namun keputusan…